129 Big Cup

Hasil carian imej untuk 129 big cup

Okay hai semua, harini saya nak berkongsi sedikit tentang tempat makan area ampang yang korang boleh singgah. Nama gerai ni ialah kopisiam 129 ataupun 129 big cup yang terletak di bukit teratai. Gerai ini buka pada petang dalam pukul 4 sampai lah 1 pagi. 

Apa yang menarik disini? Okay pertama sekali, saya cadangkan korang semua order air green tea dia. memang sangat sedap dan harga pun murah. Berbagai jenis pilihan perisa air big cup yang korang boleh dapati di sini. Bukan air sahaja ya mereka jual, pada mulanya mereka hanya jual air big cup serta juga burger, kentang, meatballs dan roti john cheese leleh. Memang betul leleh beb kalau makan. 

Apabila makin ramai orang yang datang ke sini, mereka menambah menu dengan adanya chicken chop dan bihun sup. Selalunya pukul 7pm orang dah mula datang memenuhi gerai ini, maklumlah sedap dan murah kan. Sangat berbaloi. Kadang-kadang saya datang dengan kawan-kawan pun terpaksa tunggu untuk dapat tempat. 

Di sini, layan diri ya. Korang semua kena order di kaunter hadapan, korang jangan pulak datang duduk je tunggu orang datang order. Korang cuma perlu pergi kaunter hadapan dan order menu yang korang nak dan jangan lupa bagitahu dorang nombor meja. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa