Pasar Seni, Kuala Lumpur
Hai! Okay hari ini saya nak berkongsi mengenai satu tempat yang menarik yang korang semua patut singgah kalau pergi Kuala Lumpur. Nak tahu dekat mana? Ha korang kena singgah dekat Pasar Seni, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di sini? Okay pertama sekali, binaan seni di sini merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian dan bidang kraftangan di Malaysia.
Korang semua boleh menaiki pengangkutan awam seperti LRT, monorel atau MRT. Bila sudah disini, anda boleh shopping pelbagai jenis cenderamata. Ada kraftangan, songket, batik serta ukiran kayu Borneo.
Harga cenderamata disini selalunya lebih tinggi dari pasaran, biasalah kan barangan limited. Jangan lupa tawar-menawar ya disini. Kedai kasut di tingkat bawah pula merupakan adalah anak didik tukang kasut legenda, Datuk Jimmy Choo.
Korang semua jangan risau tentang makanan sebab dekat tingkat atas ada Food Court. Kalau korang penat berjalan disini, bolehlah korang singgah makan sekejab di atas. Pada malam jumaat hingga ahad pula pada pukul 9 pm, kumpulan Citrasari akan melakukan persembahan tarian tradisional Melayu, Cina dan India di pentas Central Market.
Ha apa tunggu lagi, datanglah melawat ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Ulasan
Catat Ulasan