Taman Metropolitan Kepong

Hasil carian imej untuk taman metropolitan kepong

Taman Metropolitan Kepong seluas 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves. Taman ini dilengkapi dengan trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk bermain permainan layang-layang. Taman ini juga sesuai untuk berkelah bersama keluarga atau menyambut hari jadi bersama rakan-rakan. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memberi makan kepada ikan yang berada di situ. 

Selain itu, terdapat juga bot elektrik yang anda semua boleh sewa dan naiki bersama orang tersayang mengelilingi taman tersebut. Bagi yang meminati aktiviti memancing, anda semua boleh memancing di  tempat yang disediakan. Untuk yang  ingin menaiki basikal, anda tidak perlu bersusah payah oleh untuk membawa basikal dari rumah kerana di sini anda boleh menyewa basikal. 

Bagi yang ingin bermain skateboard mahupun roller blade, anda semua boleh datang ke sini. Bukan sahaja kanak-kanak yang bermain layang-layang, tetapi ibu bapa juga turut bermain. Pemandangan di taman ini tidak ubah seperti perayaan layang-layang. Ratusan layang-layang pelbagai bentuk saiz dan warna menghiasi angkasa taman ini. Ada yang berbentuk ular, kartun dan kapal terbang. Harga layang-layang adalah serendah RM10 bergantung kepada saiz yang dibeli.

Pada waktu cuti, korang semua kena datang awal kalau taknak parking jauh ya sebab parking sangatlah padat walaupun taman sangat besar. Kalau korang datang pukul 5pm, korang kena ready untuk berjalan jauh. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa