99 Wonderland Park, Selayang

Imej yang berkaitanHasil carian imej untuk 99 wonderland park selayang

Okay jom cerita sikit apa yang menarik di  99 Wonderland Park yang baru dibuka di Selayang ni. Okay korang semua yang nak datang sini boleh waze je kan senang. Taman ini baru sahaja dibuka tahun lepas pada bulan Mac. 

Okay yang nak datang hari sabtu boleh fikir 10 kali ya sebab jalan sangatlah jem dari pukul 7.30pm-8.30pm. Kalau datang hari ahad okay sikit sebab isnin tu masing-masing dah kerja and anak bersekolah. Jadi, buat keputusan dengan bijak okay. Datang waktu malam baru seronok sebab lampu LED dh bukak, kalau datang waktu tengah hari atau petang tak berapa seronok sebab lampu belum buka ya. 

Antara tarikan utama di sini rasanya adalah robotic dinasour yang berada di T-Rex Ring. Dinasour ini boleh bersuara dan mengeluarkan bunyi serta gerakkan kepala. Untuk kanak- kanak pasti teruja dengan melihat lampu-lampu LED yang dipasang disekeliling jalan dan juga melihat patung dinasour ini. 

Selain itu, tarikan kedua ialah boat cruise. Yang pasti memang ramai yang beratur untuk naik boat cruise ini kerana anda akan cross tasik. Dekat sini jugak korang boleh tengok mini zoo seperti taman burung, tengok ayam, tengok arnab dan macam-macam lagi. 

Dekat sini korang semua tak boleh bawa masuk makanan dan minuman dari luar sebab di sini mereka ada buka gerai makanan dan minuman tapi biasa lah kan harga mesti mahal sikit. Kedai cenderahati pun ada jugak dekat sini, siapa yang nak beli untuk kenangan ke boleh la beli di kedai ini.  






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa