Aquaria KLCC

                                    Hasil carian imej untuk aquaria klcc

Hai semua. Aquaria KLCC ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC. Okay, saya dah banyak kali pergi Aquaria KLCC ni sebab saya rasa sangat seronok melihat hidupan air. Kali terakhir saya pergi pada bulan May yang lepas untuk menyambut hari jadi kawan baik saya. Tiket masuk juga sangat berpatutan. 

Mula-mula saya masuk juga saya berfikir bahawa mungkin biasa-biasa sahaja, namun agak terkejut juga apabila sudah masuk. Tidak berkelip mata saya melihat keindahan dasar laut tanpa perlu masuk ke dalam dasar laut. Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanan di Aquaria ini, tour guide akan menerangkan serba sedikit mengenai hidupan laut yang mana dapat menambah ilmu pengetahuan anda semua mengenai hidupan laut. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah cage rage. Aktiviti cage rage untuk mereka yang nak dive tetapi tiada lesen diving. Cage Rage ada untuk anda melihat hidupan laut dengan lebih dekat. Seterusnya, aktiviti feeding sessions. Aktiviti yang dinantikan, boleh melihat penjaga akuarium memberi makan kepada ikan jerung dan hidupan laut yang lain. Seronok tengok kanak-kanak menjerit kerana takut penjaga digigit oleh jerung.

Bukan itu sahaja, korang semua bolehlah beli gambar korang di tempat yang disediakan untuk dijadikan kenangan. Cenderahati dan cenderamata juga boleh dibeli di kedai yang ada pada akhir station korang semua. Harga pun berpatutan dan barang yang dijual juga cantik serta unik. Memang tak rugi kalau korang semua pergi. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cherating, Pahang

Kyochon vs 4fingers

Pasar Seni, Kuala Lumpur