Bangi Getaway






Hai semua. Okay ini kisah kami berempat yang mulanya nak makan dekat dekat je dengan UKM jadi kami pilih Bangi Getaway sebagai tempat untuk makan dan bersembang sementara tunggu untuk kelas seterusnya. Masa ni semua tengah stress sebab habis test komputer jadi semua nak berseronok la kononnya. Kami berempat ni pelajar part time je untuk degree jadi masa kami ni sangatlah padat. Isnin hingga jumaat kerja dan sabtu ahad kelas. 

Nak dijadikan cerita, nak pergi Bangi Getaway ni  amik masa lebih kurang 10 minit sahaja dari UKM tetapi kak Mas pusing bulatan yang ada depan UKM sampai 2 kali. Punyalah stres sebabkan test komputer sampai jadi begitu dibuatnya. 

Sampai sahaja di sana, kami berempat cari tempat untuk makan tengah hari disebabkan pensyarah kami datang lewat kerana mempunyai urusan luar. Dari tempat makan ini lah kami berkenalan dengan lebih rapat, ada yang dah kahwin dan mempunyai anak dan ada yang masih bujang. 

Kami berkongsi mengenai ujian hidup yang datang dalam keadaan usia masing-masing sekarang.
Memang banyak pengajaran yang boleh diambil sebagai peringatan untuk diri sendiri. Selepas makan, kami berempat melihat kawasan sekeliling dan membeli belah untuk majlis sambutan hari raya yang akan diadakan di pejabat masing-masing. Setelah selesai membeli-belah, kami berempat pulang ke kampus untuk kelas seterusnya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa