Blastacars Malaysia

Hasil carian imej untuk blastacars malaysia

Blastacars Malaysia adalah sebuah trek indoor yang berkepanjangan 200 meter di mana anda boleh berlumba sepuas hati menggunakan Drift Karts yang disediakan. Blastacars Malaysia terletak di tingkat 5 Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Anda boleh menaiki pengangkutan awam untuk ke sini seperti LRT, bas dan monorel. 

Harga masuk bergantung kepada pilihan anda memilih 'speed setting'. Harga adalah untuk 10 minit . permainan. Jika anda memilih 'speed setting'  Novice (RM 60.00), Advance (RM 90.00) dan Pro (Rm 100.00). Untuk menaiki kart Pro yang memilik enjin berkuasa 390cc, anda perlu menunjukkan kemampuan anda mengawal kart Advance terlebih dahulu. Jika staf di sini mendapati anda layak, anda akan menerima 'Black Card Lisence' yang membolehkan anda membawa kart Pro.

Anda tidak perlu risau dengan tahap keselamatannya kerana kart ini dihasilkan dari New Zealand dan telah direkabentuk dengan teliti memenuhi standard keselamatan yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh negara tersebut. Anda juga akan diberikan briefing dalam bentuk video dan juga training daripada kakitangan mereka sendiri sebelum bermulanya perlumbaan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa