Cameron Highlands
Hai semua! okay harini sal nak cerita tentang Cameron Highlands, Pahang. Rasanya semua org mesti tahu kan Cameron Highlands merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan? Ya betul. Okay, pertama sekali saya nak beritahu yang saya memang sangat suka dengan suasana dan cuaca di Cameron Highlands.
Saya lebih mudah tertarik dengan pemandangan hijau di sana kerana ia membuatkan saya berasa sangat tenang. Cuaca disana juga sangat sejuk dan nyaman. Banyak juga aktiviti yang boleh saya lakukan di sana contohnya memetik buah strawberi, melawat ladang teh boh, melawat taman madu lebah dan banyak lagi.

Ha bukan itu sahaja tau, pelbagai jenis pilihan makanan juga dijual di sini. Memang tak rugi kalau korang semua datang bersama orang tersayang. Ha semua mesti tahu kan pokok kaktus boleh hidup dalam suasana sejuk? Korang boleh la melawat di Cactus Point disini. Pelbagai jenis dan warna tau kaktus dekat sini. Sangatlah cantik dan harga yang dijual juga sangatlah berpatutan.

Selain itu, pelbagai jenis cenderamata dan cenderahati yang dijual disini. Sangatlah murah dan cantik. Saya kalau pergi sini memang borong habis. Rugi tau kalau tak beli. Okay, sampai sini sahaja catatan saya pada hari ini, jumpa lagi!

Ulasan
Catat Ulasan