Dagang Avenue Food Court

Imej yang berkaitan


Hai! Mesti semua orang Ampang tahu kan tempat ni? Sebab Dagang Avenue Food Court ni antara salah satu tempat lepak makan remaja zaman sekarang. Maklumlah, pelbagai jenis makanan boleh dijumpai disini. 

Pelbagai makanan melayu, makanan thailand dan makanan barat yang dijual di sini. Kalau korang rasa macam teringin nak makan spaghetti ke chicken chop ke bolehlah korang datang ke sini. Kalau korang rasa nak makan char kuey teow ke nasi goreng kampung ke bolehlah korang datang ke sini. Seronok kan kalau satu tempat tu banyak jenis makanan yang dijual? Lagi-lagi remaja, lagi la mereka suka kerana mereka boleh duduk melepak makan dengan kawan sampai ke larut pagi. 

Di sini buka pada pukul 3 petang hingga ke 5 pagi. Kebanyakkan pengunjung juga sering memilih tempat ini untuk gathering beramai-ramai. Untuk yang kaki lepak, mesti suka kan kalau ada shisha? Di sini juga ada shisha ya, ais krim goreng pun korang boleh jumpa dekat sini. Bukan itu sahaja, buskers juga disediakan disini. 

Ha sambil korang makan tu bolehlah dengar buskers ni menyanyi semua seronok kan. Kalau korang nak order makan, korang kena pergi order dekat kedai mana korang nak dan sebut nombor meja. Nanti pekerja dorang akan hantar dekat meja korang. Tapi kalau air, korang kena beratur and tunggu air tu siap sebab takkan ada pekerja dorang yang akan hantar ke tempat korang. 

Saya paling suka char kuey teow yang dijual di sini. Memang sedap walaupun servis mereka lambat sikit. Takoyaki pun ada jual dekat sini tau, korang kan suka makanan-makanan macam ni kan. Tempat letak kereta memang susah sikit sebab ramai orang datang kan, jadi korang kena la parking jauh sikit kalau tak ada parking yang berdekatan tu. Tandas awam juga ada ya di sini, jangan risau. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa