Desaru, Johor

                                           Hasil carian imej untuk desaru beach                                         
Siapa pernah dengar atau pergi ke desaru?Bagi yang tak pernah dengar atau pergi mungkin bila baca blog sal ni mungkin korang boleh rancang untuk bercuti dekat sana . Desaru adalah sebuah bandar di Pengerang, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia.  Ia terkenal dengan pantai yang cantik di samping Laut China Selatan. Sama seperti semua pantai timur malaysia , pantai desaru sangat bermusim dengan angin berhujan . Cuaca hujan akan melanda pantai antara november dan february . Musim yang baik ialah pada april hingga oktober , dengan bulan jun hingga ogos menjadi bulan paling sibuk, ketika air mengundang dan ketika pasir halus . Bulan tersebut adalah waktu yang sesuai untuk bercuti atau mengadakan aktiviti pantai bersama keluarga atau kawan . Untuk ke desaru juga kita boleh menaiki bas , kereta , motor atau bot yang telah disediakan .

Okey dekat sini sal nak cerita tempat makan dekat desaru pulak . Terdapat beberapa tempat makan yang terkenal di desaru iaitu medan selera desa foodcourt yang terletak di desaru holiday chalet bersebelahan dengan pantai umum . Ia menyediakan makanan asas melayu yang mudah , sedap dan murah . Terdapat juga restoren riverside yang bersebelahan dengan desaru adventure waterpark . Ia menyajikan menu yang lengkap untuk memenuhi selera korang daripada makanan tempatan hingga ke antarabangsa . Selain itu , aktiviti yang utama kita boleh buat dekat desaru ni seperti snoorkeling , meluncur , kita juga boleh melawat kelip-kelip . Antara pilihan lain yang menjadi tarikan bagi keluarga yang mempunyai anak kecil ialah desaru coast adventure waterpark , desaru fruits farm , ostrich wonderland dan the Els club desaru coast . Bagi dewasa pulak kalau nak aktiviti lagi adventure mungkin boleh ke desaru adventure waterpark juga yang mana waterpak dia seakan -akan sunway lagoon dan dekat situ juga ada hotel untuk mengginap bersama keluarga atau kawan yang dapat memudahkan korang semua untuk buat aktivit di sana . Range harga biasa bagi desaru waterpark bagi dewasa rm137 manakala untuk yang ada mykad rm129 . Harga untuk kanak-kanak pula , harga biasa rm102 manakala harga untuk mykad rm92

Manakala untuk tempat pengginapan pula terdapat pelbagai jenis hotel daripada hotel budget hingga ke hotel lima bintang . Hotel budget terbahagi kepada dua yang sangat di recommend kan di sini iaitu desaru holiday chalet dan pelangi balau resort . Anggaran harga bagi hotel budget tersebut ialah rm120 hingga rm200 . Untuk kelas pertengahan pula , kita ada desaru beach resort  , desaru golden beach resort , sebana cove resort dan sebagainya . Anggaran harganya pula antara rm160-rm300 . Di samping itu , terdapat juga hotel lima bintang yang berada berdekatan dengan pantai desaru iaitu the westin hotel yang dimiliki oleh theme attraction resort and hotel dengan anggaran harga bermula daripada rm600 dan ke atas . Desaru ialah pantai yang kebanyakannya didiami penduduk tempatan oleh itu disini disertakan pesanan kepada mereka yang ingin ke desaru jika berada di luar pusat peranginan kita akan melihat banyak orang melayu yang mandi di pantai dengan seluar panjang dan kemeja t , ia adalah cara yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari dan menjaga kesopanan . Bagi pelancong asing , ‘toplessness’ adalah tidak sesuai , tetapi bikini biasa untuk kanak-kanak perempuan dan seluar pendek untuk lelaki adalah sesuai .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa