Genting Highlands
Hai selamat pagi semua. Harini saya akan berkongsi mengenai pengalaman saya bercuti di Genting Highlands. Mesti semua orang tahu kan Genting Highlands merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang popular di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara.
Apa yang menarik di sana ialah suhu yang sejuk serta kabus yang tebal dengan wap yang terbentuk setiap kali menarik nafas menggambarkan betapa sejuknya cuaca di sana. Kebanyakan pelancong akan menaiki kereta kebal Awana Skyway untuk sampai ke puncak.
Untuk yang ingin merasai suasana membeli belah pada ketinggian 6,000 kaki dari paras laut bolehla pergi ke Sky Avenue. Pusat membeli-belah ini menyediakan lebih 100 pilihan kedai. Gajet? Kasut? Restoran? Semua yang terlintas di hati anda pasti terhidang di depan mata. Bukan itu sahaja, anda juga boleh pergi ke Genting Highlands Premium Outlets. Anda ingin membeli-belah barangan jenama dengan harga yang lebih murah? Boleh datang ke sini kerana semuanya ada disini dengan harga tawaran diskaun yang banyak.
Selain itu, anda bolehlah berseronok di Skytropolis Indoor Theme Park. Pelbagai permainan yang disediakan mengikut peringkat umur dan mengikut tahap keberanian masing-masing. Tempat penginapan juga disediakan di sini, pelbagai hotel menawarkan bilik dengan harga yang berpatutan.
Ulasan
Catat Ulasan