I-City, Shah Alam

Hasil carian imej untuk ict shah alam

Hai! Mesti ramai yang tahu I-City Shah Alam merupakan salah satu tarikan pelancongan di Selangor namun pasti ramai yang beranggapan bahawa I-City hanyalah tempat lampu berwarna warni untuk dikunjungi pada waktu malam kan? Okay, catatan hari ini saya ingin berkongsi mengenai permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana .

Tempat pertama yang boleh anda lawati ialah red carpet. Red carpet ialah sebuah muzium lilin yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak patung lilin orang kenamaan dan selebriti dunia yang dipamerkan disini. Seterusnya ialah aktiviti di snowalk. Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan Malaysia tiada musim salji, anda semua bolehlah datang ke sini untuk merasai suasana musim salji di negara barat dengan kadar suhu kurang daripada 5 darjah celcius. 

Selain itu, anda semua boleh bermandi manda di taman tema yang dikenali sebagai Water World. Ia merupakan tempat paling seronok untuk anda semua bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk melihat koleksi lukisan 3D menarik dan menjadi salah satu tumpuan pelancong ialah Trick Art Museum. Berbagai tema lukisan yang anda dapat lihat disini. 

Bagi yang meminati sains atau ingin melihat alam semesta, anda boleh mengunjungi Space Mission iaitu tempat pameran angkasa lepas yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan sains dan teknologi yang canggih. House of Horror pula merupakan rumah hantu. Ia menggunakan teknologi 3D dan mempunyai enam bahagian untuk diteroka pengunjung. 

Selain tempat menarik di atas, anda boleh mengunjungi City of Digital Lights untuk melihat lampu berirama yang berwarna warni dan sangat cantik pada waktu malam. Jangan lupa ya untuk kunjungi I-City Shah Alam, bye!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa