Kaison, Mytown
Hai. Okay harini saya nak share sikit pasal kedai yang wajib saya masuk bila saya pergi Mytown. Saya memang akan masuk kedai Kaison. Kedai ini menjual patung untuk kanak- kanak, barangan hiasan rumah, barangan hadiah dan banyak lagi.
Apa yang menyeronokkan di sini ialah harga barangan yang dijual sangatlah berpatutan. Kalau korang nak cari hadiah untuk kawan korang bolehlah korang pergi kedai ni sebab macam-macam pilihan yang korang boleh pilih.
Kalau korang nak cari perhiasan rumah pun sesuai pergi sini. Frame, lampu LED yang viral sekarang bentuk flamingo dan bentuk love pun ada kat sini tau. Langsir, cermin dan juga pokok tiruan pun mereka jual juga. Seronok tau datang sini. Barang sekolah kalau korang nak cari yang limited edition dengan harga yang berpatutan, korang bolehlah datang sini.
Boleh dikatakan semua keperluan korang ada dekat satu tempat lah. Tapi korang kena banyak bersabar ya sebab kalau korang datang masa hari sabtu atau ahad korang akan beratur dekat setengah jam jugaklah. Barang untuk celebrate birthday pun ada jual tau dekat sini.
Ulasan
Catat Ulasan