Melaka Bandar Bersejarah

Hasil carian imej untuk menaiki beca di melaka


Hasil carian imej untuk kapal river cruise melaka


Hasil carian imej untuk melaka
 




Hai semua! Okay harini sal nak kongsi mengenai sebuah negeri yang penuh dengan sejarah iaitu Melaka. Semua orang mesti tahu kan Melaka merupakan salah satu tempat tarikan pelancong? Korang semua tahu tak kalau korang pergi Melaka korang boleh belajar sambil bercuti? Banyak kelebihan tu. Korang tahu kenapa ramai pelancong tertarik untuk datang ke Melaka? Ha,apa lagi baca la catatan saya kalau nak tahu lebih lanjut. 

Okay yang pertama, korang semua boleh menaiki river cruise. Okay korang boleh tengok pemandangan yang terbaik seperti perkampungan Melayu tradisional Kampung Morten dan mural yang cantik di keliling Jonker Walk. Perjalanan river cruise ini selama 45 minit. Seterusnya, korang boleh menaiki beca yang merupakan salah satu pengangkutan tradisional pada suatu masa dahulu. 

Seterusnya, korang semua boleh menaiki Menara Taming Sari. Korang boleh tengok pemandangan negeri Melaka dari menara tersebut. Selain itu, korang boleh melawat The Shore Sky Tower. Ia merupakan bangunan yang tertinggi di bandar Melaka. Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. Disini anda dapat melihat terus kebawah, mungkin tidak sesuai untuk mereka yang gayat tetapi kalau anda berhati kering cubalah. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cherating, Pahang

Kyochon vs 4fingers

Pasar Seni, Kuala Lumpur