Museum of Illusion Kuala Lumpur

Hasil carian imej untuk museum of illusions kuala lumpur

Museum of Illusion Kuala Lumpur terletak di Ansa Hotel, 1st&2nd floor, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tiket masuk bagi dewasa adalah RM 35.00, kanak-kanak RM 25.00 dan pakej keluarga bagi 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak ialah RM 90.00 .

Di muzium ini anda akan dapat melawat beberapa tempat menarik seperti terowong vorteks, kaleidoskop, ilusi optik dan bilik anti-graviti. Apabila anda masuk ke terowong vorteks, anda akan berasa pening dan hampir jatuh. Anda juga mungkin akan menganggap hanyalah ilusi yang lain? Dalam kedua-dua kes ini, anda hanya perlu bertenang, jangan takut untuk meninggalkan semua yang anda tahu da memasuki ilusi dalam terowong Vorteks ini. Satu-satunya dalam bahagian di dunia ini, terowong Vorteks ini akan membuatkan anda hilang akal dan membuatkan anda cuba dengan bersungguh-sungguh hanya untuk melangkah ke hadapan dalam silinder yang berputar di atas permukaan yang begitu stabil dan rata. 

Seterusnya, kaleidoskop. Dunia kaleidoskop ini berwarna-warni dan sentiasa berubah. Corak yang meriangkan ini dicipta hanya oleh para pelawat, menggunakan kertas yang berwarna-warni dan permata. Bagi ilusi optik pula, imej yang anda lihat akan membingungkan dan memperdayakan anda. Mata dan otak anda juga akan keliru dengan ilusi optik. 

Seterusnya ialah bilik anti-graviti. Bilik ini akan menguji minda dan akan mengejutkan sesiapa yang mempercayai hukum fizik kerana otak dan mata anda akan membuat kesimpulan secara tidak sedar tentang sama ada anda sedang berdiri di atas permukaan yang rata atau condong. Tiada sesiapa yang boleh mempercayai apa yang mereka lihat sehingga mereka merasai sendiri. 

Kalau anda datang ke sini, minda dan mata anda akan diuji oleh bilik pameran yang disediakan di sini. Seperti kanak-kanak, mereka akan menganggap ini semua majik tetapi anda yang dewasa akan lebih memikirkan mengenai hukum fizik. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa