Petrosains, Kuala Lumpur

Hasil carian imej untuk petrosains klcc

Hai. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan bahawa Petrosains merupakan sebuah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, dalam Suria KLCC. Apa aktiviti anda semua jika anda disini? Okay teruskan membaca catatan saya hari ini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut. 

Mesti mula - mula korang nak tahu berapa tiket masuk kan? Murah sahaja, dewasa RM 19.60, kanak-kanak RM 7.95 dan warga emas RM 9.50. Sangat berbaloi kan? Petrosains ini berada pada aras 4, pusat beli-belah Suria KLCC. Elakkan untuk pergi semasa musim cuti sekolah ya, kerana anda akan beratur terlalu lama untuk masuk ke dalam. Petrosains ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak membuat lawatan, tetapi sesuai untuk semua peringkat umur. Pelbagai ilmu yang anda semua akan dapat perolehi dengan lawatan tersebut. 

Di muzium  ini, anda boleh pegang, sentuh dan bermain dengan bahan pameran yang berada dalam muzium tersebut dengan menerapkan elemen seperti audio, visual, 3D dan hologram. Terdapat lebih 10 check point yang perlu anda kunjungi disertakan dengan pelbagai pameran, alat-alatan dan aktiviti yang menyeronokkan dengan dibantu oleh sukarelawan yang bertugas. 

Antara check point itu adalah teater 3D, sparkz dan makmal permainan. Penerokaan melintasi setiap check point itu mengambil masa dua sehingga empat jam bergantung kepada aktiviti dan pameran yang anda lawati. 

Jadi, marilah berkunjung ke Petrosains untuk menerokai dunia sains dan teknologi. Kemudahan pengangkutan juga banyak untuk anda ke sini, seperti teksi, lrt dan bas. Anda semua tidak perlu risau mengenai tempat makan kerana Petrosains berada dalam pusat beli-belah jadi anda mempunyai pelbagai pilihan juadah makanan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa