Taman Botani, Shah Alam

Hasil carian imej untuk taman botani shah alam

Hai! Banyak tempat menarik yang berada di Shah Alam dan salah satu tempat pilihan saya ialah Taman Botani, Shah Alam. Bayaran masuk ke sini ialah dewasa (12 tahun & ke atas) RM 3.00, Kanak-kanak (6-11 Tahun) RM 1.00 dan pelawat 55 Tahun & ke atas RM 1.00. 

Aktiviti yang sering dilakukan oleh pengunjung di sini ialah berbasikal. Kebanyakan pengunjung datang bersama keluarga untuk beriadah. Jika anda meminati aktiviti yang mencabar, anda semua boleh melakukan aktiviti merentas hutan dan skytrex adventures. 

Antara tempat istimewa yang anda semua wajib lawati ialah Taman Iklim 4 Musim, Taman Padi dan Taman Haiwan. Anda boleh bawa keluarga anda untuk melihat suasana Taman Iklim 4 Musim seperti gambar yang di atas. Selain itu, untuk yang mempunyai anak kecil pasti seronok untuk pergi melawat Taman Haiwan kerana kanak-kanak cepat teruja melihat haiwan. 

Pelbagai kemudahan yang disediakan, antaranya ialah kolam renang , surau, gerai-gerai makan,chalet dan tapak hari keluarga. Selain itu, bagi mereka yang gemar memancing, anda semua boleh datang ke sini kerana mereka menyediakan kolam memancing. Bagi saya, Taman Botani ini sesuai untuk melakukan aktiviti keluarga kerana terdapat pelbagai jenis aktiviti mengikut peringkat usia dan disatu tempat yang sama. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers

Taman Tasik Titiwangsa