Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur
Taman Eko Rimba ni terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma tetapi parking kereta RM 6.00 sekali masuk. Taman ini beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.
Mulanya, perjalanan ke Canopy Walkway. Untuk mereka yang ingin melihat pemadangan, untuk release tension ataupun ingin membawa anak berjalan jalan di sini pun boleh kerana tidak ekstrem. Aktiviti ini sesuai untuk semua golongan. Tempat ini juga sesuai untuk photoshoot gambar kahwin mahupun konvo.
Canopy Walk ini panjang lebih kurang 200 meter dan ketinggiannya lebih kurang 15 meter. Anda semua mesti tengok view dari atas ya, sangat tenang dan cantik. Seronok sangat bila ditengah-tengah bandar yang pesat mempunyai taman seperti ini, bolehlah anda semua ambil angin dan hirup udara segar.
Ulasan
Catat Ulasan