Taman Tasik Titiwangsa

Hasil carian imej untuk taman tasik titiwangsa waktu malam

Hai semua! Okay harini saya nak berkongsi mengenai aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Titiwangsa. Okay, selalunya pengunjung akan datang berseorangan, bersama pasangan mahupun keluarga. 

Hasil carian imej untuk aktiviti berbasikal di  taman tasik titiwangsa pada waktu malam

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah berjogging. Ada sesetengah orang yang suka untuk berjogging pada waktu pagi dan ada juga yang suka berjogging pada waktu malam. Selalunya pada waktu pagi anda semua akan melihat orang ramai melakukan aktiviti senaman.Tetapi apa yang menarik ialah pada waktu malam, anda semua boleh menaiki basikal ataupun motor elektrik. Untuk kanak-kanak pula boleh bermain kereta permainan, belon dan basikal. 

Pelbagai jenis basikal anda boleh pilih, sama ada untuk menaiki seorang, bersama pasangan, tiga orang atau satu keluarga bergantung kepada pilihan masing-masing. Selalunya taman ini akan bermula dipenuhi orang ramai pada waktu petang sehingga malam. 

Anda semua juga boleh melihat pemandangan bangunan-bangunan yang berada di sekeliling taman ini sambil duduk menghirup udara. Ia adalah salah satu cara untuk saya menenangkan fikiran saya dengan melihat pemandangan begitu. 

Gerai makanan juga ada dibuka di sini. Jadi, sangatlah sesuai kalau anda semua nak datang bersama keluarga kerana pelbagai aktiviti yang anda semua boleh lakukan bersama. Terdapat juga restoran atas air yang dibuka di sini iaitu Restoran D'Saji KL Titiwangsa. 

Restoran ini sesuai untuk lakukan aktiviti Hi-Tea, gathering dan sambutan hari jadi. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Apa yang seronok di restoran ini? Pelbagai jenis juadah makanan yang ada dan anda akan dihiburkan dengan tarian tradisional di tengah-tengah pentas dikelilingi dengan lampu yang berwarna warni. 

Hasil carian imej untuk restoran taman tasik titiwangsa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

District 21 IOI City Mall

Kyochon vs 4fingers