Catatan

Blastacars Malaysia

Imej
Blastacars Malaysia adalah sebuah trek indoor yang berkepanjangan 200 meter di mana anda boleh berlumba sepuas hati menggunakan Drift Karts yang disediakan. Blastacars Malaysia terletak di tingkat 5 Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Anda boleh menaiki pengangkutan awam untuk ke sini seperti LRT, bas dan monorel.  Harga masuk bergantung kepada pilihan anda memilih 'speed setting'. Harga adalah untuk 10 minit . permainan. Jika anda memilih 'speed setting'  Novice (RM 60.00), Advance (RM 90.00) dan Pro (Rm 100.00). Untuk menaiki kart Pro yang memilik enjin berkuasa 390cc, anda perlu menunjukkan kemampuan anda mengawal kart Advance terlebih dahulu. Jika staf di sini mendapati anda layak, anda akan menerima 'Black Card Lisence' yang membolehkan anda membawa kart Pro. Anda tidak perlu risau dengan tahap keselamatannya kerana kart ini dihasilkan dari New Zealand dan telah direkabentuk dengan teliti memenuhi standard keselamatan yang ketat seperti yang telah

Museum of Illusion Kuala Lumpur

Imej
Museum of Illusion Kuala Lumpur terletak di Ansa Hotel, 1st&2nd floor, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tiket masuk bagi dewasa adalah RM 35.00, kanak-kanak RM 25.00 dan pakej keluarga bagi 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak ialah RM 90.00 . Di muzium ini anda akan dapat melawat beberapa tempat menarik seperti terowong vorteks, kaleidoskop, ilusi optik dan bilik anti-graviti. Apabila anda masuk ke terowong vorteks, anda akan berasa pening dan hampir jatuh. Anda juga mungkin akan menganggap hanyalah ilusi yang lain? Dalam kedua-dua kes ini, anda hanya perlu bertenang, jangan takut untuk meninggalkan semua yang anda tahu da memasuki ilusi dalam terowong Vorteks ini. Satu-satunya dalam bahagian di dunia ini, terowong Vorteks ini akan membuatkan anda hilang akal dan membuatkan anda cuba dengan bersungguh-sungguh hanya untuk melangkah ke hadapan dalam silinder yang berputar di atas permukaan yang begitu stabil dan rata.  Seterusnya, kaleidoskop. Dunia kaleid

Taman Metropolitan Kepong

Imej
Taman Metropolitan Kepong seluas 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves. Taman ini dilengkapi dengan trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk bermain permainan layang-layang. Taman ini juga sesuai untuk berkelah bersama keluarga atau menyambut hari jadi bersama rakan-rakan. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memberi makan kepada ikan yang berada di situ.  Selain itu, terdapat juga bot elektrik yang anda semua boleh sewa dan naiki bersama orang tersayang mengelilingi taman tersebut. Bagi yang meminati aktiviti memancing, anda semua boleh memancing di  tempat yang disediakan. Untuk yang  ingin menaiki basikal, anda tidak perlu bersusah payah oleh untuk membawa basikal dari rumah kerana di sini anda boleh menyewa basikal.  Bagi yang ingin bermain skateboard

Taman Tasik Titiwangsa

Imej
Hai semua! Okay harini saya nak berkongsi mengenai aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Titiwangsa. Okay, selalunya pengunjung akan datang berseorangan, bersama pasangan mahupun keluarga.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah berjogging. Ada sesetengah orang yang suka untuk berjogging pada waktu pagi dan ada juga yang suka berjogging pada waktu malam. Selalunya pada waktu pagi anda semua akan melihat orang ramai melakukan aktiviti senaman.Tetapi apa yang menarik ialah pada waktu malam, anda semua boleh menaiki basikal ataupun motor elektrik. Untuk kanak-kanak pula boleh bermain kereta permainan, belon dan basikal.  Pelbagai jenis basikal anda boleh pilih, sama ada untuk menaiki seorang, bersama pasangan, tiga orang atau satu keluarga bergantung kepada pilihan masing-masing. Selalunya taman ini akan bermula dipenuhi orang ramai pada waktu petang sehingga malam.  Anda semua juga boleh melihat pemandangan bangunan-bangunan yang berada di sekeliling tama

Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur

Imej
Taman Eko Rimba ni terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma tetapi parking kereta RM 6.00 sekali masuk. Taman ini beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.  Mulanya, perjalanan ke Canopy Walkway. Untuk mereka yang ingin melihat pemadangan, untuk release tension ataupun ingin membawa anak berjalan jalan di sini pun boleh kerana tidak ekstrem. Aktiviti ini sesuai untuk semua golongan. Tempat ini juga sesuai untuk photoshoot gambar kahwin mahupun konvo.  Canopy Walk ini panjang lebih kurang 200 meter dan ketinggiannya lebih kurang 15 meter. Anda semua mesti tengok view dari atas ya, sangat tenang dan cantik. Seronok sangat bila ditengah-tengah bandar yang pesat mempunyai taman seperti ini, bolehlah anda semua ambil angin dan hirup udara segar. 

District 21 IOI City Mall

Imej
District 21 merupakan tempat untuk mereka yang suka melakukan aktiviti lasak. District 21 terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Harga tiketnya tidak murah.  Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah panjat dinding. Anda akan memanjat dinding untuk merasa keseronokannya seperti rock climber. Kedua ialah Roller Glider. Permainan ini anda semua harus cuba kerana sukar dicari di Malaysia. Anda disangkut di laluan seperti landasan kereta api yang disangkut di siling bangunan. Glider ini akan membawa anda dengan laju. Mesti menjerit punya! Selain itu, anda semua boleh melakukan aktiviti melompat dan melantun di gelanggang span dan masuk keluar ke perangkap besi. Untuk anda semua yang suka tengok ninja warior, anda semua boleh cuba Ninja Warior Course. 

Pasar Seni, Kuala Lumpur

Imej
Hai! Okay hari ini saya nak berkongsi mengenai satu tempat yang menarik yang korang semua patut singgah kalau pergi Kuala Lumpur. Nak tahu dekat mana? Ha korang kena singgah dekat Pasar Seni, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di sini? Okay pertama sekali, binaan seni di sini merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian dan bidang kraftangan di Malaysia.  Korang semua boleh menaiki pengangkutan awam seperti LRT, monorel atau MRT. Bila sudah disini, anda boleh shopping pelbagai jenis cenderamata. Ada kraftangan, songket, batik serta ukiran kayu Borneo.  Harga cenderamata disini selalunya lebih tinggi dari pasaran, biasalah kan barangan limited. Jangan lupa tawar-menawar ya disini. Kedai kasut di tingkat bawah pula merupakan adalah anak didik tukang kasut legenda, Datuk Jimmy Choo.  Korang semua jangan risau tentang makanan sebab dekat tingkat atas ada Food Court. Kalau korang penat berjalan disini, bolehlah korang singgah makan sekejab di atas