Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Blastacars Malaysia

Imej
Blastacars Malaysia adalah sebuah trek indoor yang berkepanjangan 200 meter di mana anda boleh berlumba sepuas hati menggunakan Drift Karts yang disediakan. Blastacars Malaysia terletak di tingkat 5 Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Anda boleh menaiki pengangkutan awam untuk ke sini seperti LRT, bas dan monorel.  Harga masuk bergantung kepada pilihan anda memilih 'speed setting'. Harga adalah untuk 10 minit . permainan. Jika anda memilih 'speed setting'  Novice (RM 60.00), Advance (RM 90.00) dan Pro (Rm 100.00). Untuk menaiki kart Pro yang memilik enjin berkuasa 390cc, anda perlu menunjukkan kemampuan anda mengawal kart Advance terlebih dahulu. Jika staf di sini mendapati anda layak, anda akan menerima 'Black Card Lisence' yang membolehkan anda membawa kart Pro. Anda tidak perlu risau dengan tahap keselamatannya kerana kart ini dihasilkan dari New Zealand dan telah direkabentuk dengan teliti memenuhi standard keselamatan yang ketat seperti yang telah

Museum of Illusion Kuala Lumpur

Imej
Museum of Illusion Kuala Lumpur terletak di Ansa Hotel, 1st&2nd floor, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tiket masuk bagi dewasa adalah RM 35.00, kanak-kanak RM 25.00 dan pakej keluarga bagi 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak ialah RM 90.00 . Di muzium ini anda akan dapat melawat beberapa tempat menarik seperti terowong vorteks, kaleidoskop, ilusi optik dan bilik anti-graviti. Apabila anda masuk ke terowong vorteks, anda akan berasa pening dan hampir jatuh. Anda juga mungkin akan menganggap hanyalah ilusi yang lain? Dalam kedua-dua kes ini, anda hanya perlu bertenang, jangan takut untuk meninggalkan semua yang anda tahu da memasuki ilusi dalam terowong Vorteks ini. Satu-satunya dalam bahagian di dunia ini, terowong Vorteks ini akan membuatkan anda hilang akal dan membuatkan anda cuba dengan bersungguh-sungguh hanya untuk melangkah ke hadapan dalam silinder yang berputar di atas permukaan yang begitu stabil dan rata.  Seterusnya, kaleidoskop. Dunia kaleid

Taman Metropolitan Kepong

Imej
Taman Metropolitan Kepong seluas 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves. Taman ini dilengkapi dengan trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk bermain permainan layang-layang. Taman ini juga sesuai untuk berkelah bersama keluarga atau menyambut hari jadi bersama rakan-rakan. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memberi makan kepada ikan yang berada di situ.  Selain itu, terdapat juga bot elektrik yang anda semua boleh sewa dan naiki bersama orang tersayang mengelilingi taman tersebut. Bagi yang meminati aktiviti memancing, anda semua boleh memancing di  tempat yang disediakan. Untuk yang  ingin menaiki basikal, anda tidak perlu bersusah payah oleh untuk membawa basikal dari rumah kerana di sini anda boleh menyewa basikal.  Bagi yang ingin bermain skateboard

Taman Tasik Titiwangsa

Imej
Hai semua! Okay harini saya nak berkongsi mengenai aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Titiwangsa. Okay, selalunya pengunjung akan datang berseorangan, bersama pasangan mahupun keluarga.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah berjogging. Ada sesetengah orang yang suka untuk berjogging pada waktu pagi dan ada juga yang suka berjogging pada waktu malam. Selalunya pada waktu pagi anda semua akan melihat orang ramai melakukan aktiviti senaman.Tetapi apa yang menarik ialah pada waktu malam, anda semua boleh menaiki basikal ataupun motor elektrik. Untuk kanak-kanak pula boleh bermain kereta permainan, belon dan basikal.  Pelbagai jenis basikal anda boleh pilih, sama ada untuk menaiki seorang, bersama pasangan, tiga orang atau satu keluarga bergantung kepada pilihan masing-masing. Selalunya taman ini akan bermula dipenuhi orang ramai pada waktu petang sehingga malam.  Anda semua juga boleh melihat pemandangan bangunan-bangunan yang berada di sekeliling tama

Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur

Imej
Taman Eko Rimba ni terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma tetapi parking kereta RM 6.00 sekali masuk. Taman ini beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.  Mulanya, perjalanan ke Canopy Walkway. Untuk mereka yang ingin melihat pemadangan, untuk release tension ataupun ingin membawa anak berjalan jalan di sini pun boleh kerana tidak ekstrem. Aktiviti ini sesuai untuk semua golongan. Tempat ini juga sesuai untuk photoshoot gambar kahwin mahupun konvo.  Canopy Walk ini panjang lebih kurang 200 meter dan ketinggiannya lebih kurang 15 meter. Anda semua mesti tengok view dari atas ya, sangat tenang dan cantik. Seronok sangat bila ditengah-tengah bandar yang pesat mempunyai taman seperti ini, bolehlah anda semua ambil angin dan hirup udara segar. 

District 21 IOI City Mall

Imej
District 21 merupakan tempat untuk mereka yang suka melakukan aktiviti lasak. District 21 terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Harga tiketnya tidak murah.  Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah panjat dinding. Anda akan memanjat dinding untuk merasa keseronokannya seperti rock climber. Kedua ialah Roller Glider. Permainan ini anda semua harus cuba kerana sukar dicari di Malaysia. Anda disangkut di laluan seperti landasan kereta api yang disangkut di siling bangunan. Glider ini akan membawa anda dengan laju. Mesti menjerit punya! Selain itu, anda semua boleh melakukan aktiviti melompat dan melantun di gelanggang span dan masuk keluar ke perangkap besi. Untuk anda semua yang suka tengok ninja warior, anda semua boleh cuba Ninja Warior Course. 

Pasar Seni, Kuala Lumpur

Imej
Hai! Okay hari ini saya nak berkongsi mengenai satu tempat yang menarik yang korang semua patut singgah kalau pergi Kuala Lumpur. Nak tahu dekat mana? Ha korang kena singgah dekat Pasar Seni, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di sini? Okay pertama sekali, binaan seni di sini merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian dan bidang kraftangan di Malaysia.  Korang semua boleh menaiki pengangkutan awam seperti LRT, monorel atau MRT. Bila sudah disini, anda boleh shopping pelbagai jenis cenderamata. Ada kraftangan, songket, batik serta ukiran kayu Borneo.  Harga cenderamata disini selalunya lebih tinggi dari pasaran, biasalah kan barangan limited. Jangan lupa tawar-menawar ya disini. Kedai kasut di tingkat bawah pula merupakan adalah anak didik tukang kasut legenda, Datuk Jimmy Choo.  Korang semua jangan risau tentang makanan sebab dekat tingkat atas ada Food Court. Kalau korang penat berjalan disini, bolehlah korang singgah makan sekejab di atas

Kaison, Mytown

Imej
Hai. Okay harini saya nak share sikit pasal kedai yang wajib saya masuk bila saya pergi Mytown. Saya memang akan masuk kedai Kaison. Kedai ini menjual patung untuk kanak- kanak, barangan hiasan rumah, barangan hadiah dan banyak lagi.  Apa yang menyeronokkan di sini ialah harga barangan yang  dijual sangatlah berpatutan. Kalau korang nak cari hadiah untuk kawan korang bolehlah korang pergi kedai ni sebab macam-macam pilihan yang korang boleh pilih.  Kalau korang nak cari perhiasan rumah pun sesuai pergi sini. Frame, lampu LED yang viral sekarang bentuk flamingo dan bentuk love pun ada kat sini tau. Langsir, cermin dan juga pokok tiruan pun mereka jual juga. Seronok tau datang sini. Barang sekolah kalau korang nak cari yang limited edition dengan harga yang berpatutan, korang bolehlah datang sini.  Boleh dikatakan semua keperluan korang ada dekat satu tempat lah. Tapi korang kena banyak bersabar ya sebab kalau korang datang masa hari sabtu atau ahad korang akan ber

Dagang Avenue Food Court

Imej
Hai! Mesti semua orang Ampang tahu kan tempat ni? Sebab Dagang Avenue Food Court ni antara salah satu tempat lepak makan remaja zaman sekarang. Maklumlah, pelbagai jenis makanan boleh dijumpai disini.  Pelbagai makanan melayu, makanan thailand dan makanan barat yang dijual di sini. Kalau korang rasa macam teringin nak makan spaghetti ke chicken chop ke bolehlah korang datang ke sini. Kalau korang rasa nak makan char kuey teow ke nasi goreng kampung ke bolehlah korang datang ke sini. Seronok kan kalau satu tempat tu banyak jenis makanan yang dijual? Lagi-lagi remaja, lagi la mereka suka kerana mereka boleh duduk melepak makan dengan kawan sampai ke larut pagi.  Di sini buka pada pukul 3 petang hingga ke 5 pagi. Kebanyakkan pengunjung juga sering memilih tempat ini untuk gathering beramai-ramai. Untuk yang kaki lepak, mesti suka kan kalau ada shisha? Di sini juga ada shisha ya, ais krim goreng pun korang boleh jumpa dekat sini. Bukan itu sahaja, buskers juga disediakan dis

129 Big Cup

Imej
Okay hai semua, harini saya nak berkongsi sedikit tentang tempat makan area ampang yang korang boleh singgah. Nama gerai ni ialah kopisiam 129 ataupun 129 big cup yang terletak di bukit teratai. Gerai ini buka pada petang dalam pukul 4 sampai lah 1 pagi.  Apa yang menarik disini? Okay pertama sekali, saya cadangkan korang semua order air green tea dia. memang sangat sedap dan harga pun murah. Berbagai jenis pilihan perisa air big cup yang korang boleh dapati di sini. Bukan air sahaja ya mereka jual, pada mulanya mereka hanya jual air big cup serta juga burger, kentang, meatballs dan roti john cheese leleh. Memang betul leleh beb kalau makan.  Apabila makin ramai orang yang datang ke sini, mereka menambah menu dengan adanya chicken chop dan bihun sup. Selalunya pukul 7pm orang dah mula datang memenuhi gerai ini, maklumlah sedap dan murah kan. Sangat berbaloi. Kadang-kadang saya datang dengan kawan-kawan pun terpaksa tunggu untuk dapat tempat.  Di sini, layan diri ya. Ko

99 Wonderland Park, Selayang

Imej
Okay jom cerita sikit apa yang menarik di  99 Wonderland Park yang baru dibuka di Selayang ni. Okay korang semua yang nak datang sini boleh waze je kan senang. Taman ini baru sahaja dibuka tahun lepas pada bulan Mac.  Okay yang nak datang hari sabtu boleh fikir 10 kali ya sebab jalan sangatlah jem dari pukul 7.30pm-8.30pm. Kalau datang hari ahad okay sikit sebab isnin tu masing-masing dah kerja and anak bersekolah. Jadi, buat keputusan dengan bijak okay. Datang waktu malam baru seronok sebab lampu LED dh bukak, kalau datang waktu tengah hari atau petang tak berapa seronok sebab lampu belum buka ya.  Antara tarikan utama di sini rasanya adalah robotic dinasour yang berada di T-Rex Ring. Dinasour ini boleh bersuara dan mengeluarkan bunyi serta gerakkan kepala. Untuk kanak- kanak pasti teruja dengan melihat lampu-lampu LED yang dipasang disekeliling jalan dan juga melihat patung dinasour ini.  Selain itu, tarikan kedua ialah boat cruise. Yang pasti memang ramai yang ber

Taman Botani, Shah Alam

Imej
Hai! Banyak tempat menarik yang berada di Shah Alam dan salah satu tempat pilihan saya ialah Taman Botani, Shah Alam. Bayaran masuk ke sini ialah dewasa (12 tahun & ke atas) RM 3.00, Kanak-kanak (6-11 Tahun) RM 1.00 dan pelawat 55 Tahun & ke atas RM 1.00.  Aktiviti yang sering dilakukan oleh pengunjung di sini ialah berbasikal. Kebanyakan pengunjung datang bersama keluarga untuk beriadah. Jika anda meminati aktiviti yang mencabar, anda semua boleh melakukan aktiviti merentas hutan dan skytrex adventures.  Antara tempat istimewa yang anda semua wajib lawati ialah Taman Iklim 4 Musim, Taman Padi dan Taman Haiwan. Anda boleh bawa keluarga anda untuk melihat suasana Taman Iklim 4 Musim seperti gambar yang di atas. Selain itu, untuk yang mempunyai anak kecil pasti seronok untuk pergi melawat Taman Haiwan kerana kanak-kanak cepat teruja melihat haiwan.  Pelbagai kemudahan yang disediakan, antaranya ialah kolam renang , surau, gerai-gerai makan,chalet dan tapak hari k

Petrosains, Kuala Lumpur

Imej
Hai. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan bahawa Petrosains merupakan sebuah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, dalam Suria KLCC. Apa aktiviti anda semua jika anda disini? Okay teruskan membaca catatan saya hari ini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut.  Mesti mula - mula korang nak tahu berapa tiket masuk kan? Murah sahaja, dewasa RM 19.60, kanak-kanak RM 7.95 dan warga emas RM 9.50. Sangat berbaloi kan? Petrosains ini berada pada aras 4, pusat beli-belah Suria KLCC. Elakkan untuk pergi semasa musim cuti sekolah ya, kerana anda akan beratur terlalu lama untuk masuk ke dalam. Petrosains ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak membuat lawatan, tetapi sesuai untuk semua peringkat umur. Pelbagai ilmu yang anda semua akan dapat perolehi dengan lawatan tersebut.  Di muzium  ini, anda boleh pegang, sentuh dan bermain dengan bahan pameran yang berada dalam muzium tersebut dengan menerapkan elemen seperti audio, visua

Genting Highlands

Imej
Hai selamat pagi semua. Harini saya akan berkongsi mengenai pengalaman saya bercuti di Genting Highlands. Mesti semua orang tahu kan Genting Highlands merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang popular di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara.  Apa yang menarik di sana ialah suhu yang sejuk serta kabus yang  tebal dengan wap yang terbentuk setiap kali menarik nafas menggambarkan betapa sejuknya cuaca di sana. Kebanyakan pelancong akan menaiki kereta kebal Awana Skyway untuk sampai ke puncak.  Untuk yang ingin merasai suasana membeli belah pada ketinggian 6,000 kaki dari paras laut bolehla pergi ke Sky Avenue. Pusat membeli-belah ini menyediakan lebih 100 pilihan kedai. Gajet? Kasut? Restoran? Semua yang terlintas di hati anda pasti terhidang di depan mata. Bukan itu sahaja, anda juga boleh pergi ke Genting Highlands Premium Outlets. Anda ingin membeli-belah barangan jenama dengan harga yang lebih murah? Boleh datang ke sini kerana semuanya a

Cherating, Pahang

Imej
Hai semua! Hari saya ingin berkongsi cerita mengenai satu tempat tarikan pelancong iaitu Cherating, Pahang. Cherating merupakan salah satu tempat menarik di Pahang dan bandar peranginan di pantai timur Malaysia. Pantai Cherating terletak 30km dari utara kuantan . Cherating juga ada rumah Sanctuary Chendor Turtle.  Kampung Cherating mempunyai bengkel untuk tekstil tradisional dan kraftangan.  Southwest of Cherating, Gua Charas terdiri daripada 8 gua di dalam pembentukan batu yang luar biasa.  Berdekatan, Gua Panching mengandungi patung Buddha yang berbaring besar. Ramai backpacker yang pilih Cherating ni untuk melancong dan bercuti . Terdapat perkampungan kecil berdekatan Cherating , perkampungan tersebut mempunyai rumah tetamu dan hotel kecil . Perkara yang menjadi tarikan di Cherating adalah ombaknya yang sesuai untuk meluncur . Ramai peluncur dalam dan luar negara yang tahu bahawa Cherating memang terkenal dengan ombak yang menarik . Ombak tersebut hanya ada pada bulan oktober h

Bangi Getaway

Imej
Hai semua. Okay ini kisah kami berempat yang mulanya nak makan dekat dekat je dengan UKM jadi kami pilih Bangi Getaway sebagai tempat untuk makan dan bersembang sementara tunggu untuk kelas seterusnya. Masa ni semua tengah stress sebab habis test komputer jadi semua nak berseronok la kononnya. Kami berempat ni pelajar part time je untuk degree jadi masa kami ni sangatlah padat. Isnin hingga jumaat kerja dan sabtu ahad kelas.  Nak dijadikan cerita, nak pergi Bangi Getaway ni  amik masa lebih kurang 10 minit sahaja dari UKM tetapi kak Mas pusing bulatan yang ada depan UKM sampai 2 kali. Punyalah stres sebabkan test komputer sampai jadi begitu dibuatnya.  Sampai sahaja di sana, kami berempat cari tempat untuk makan tengah hari disebabkan pensyarah kami datang lewat kerana mempunyai urusan luar. Dari tempat makan ini lah kami berkenalan dengan lebih rapat, ada yang dah kahwin dan mempunyai anak dan ada yang masih bujang.  Kami berkongsi mengenai ujian hidup yan

I-City, Shah Alam

Imej
Hai! Mesti ramai yang tahu I-City Shah Alam merupakan salah satu tarikan pelancongan di Selangor namun pasti ramai yang beranggapan bahawa I-City hanyalah tempat lampu berwarna warni untuk dikunjungi pada waktu malam kan? Okay, catatan hari ini saya ingin berkongsi mengenai permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana . Tempat pertama yang boleh anda lawati ialah red carpet. Red carpet ialah sebuah muzium lilin yang terbesar di Malaysia. Terdapat banyak patung lilin orang kenamaan dan selebriti dunia yang dipamerkan disini. Seterusnya ialah aktiviti di snowalk. Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan Malaysia tiada musim salji, anda semua bolehlah datang ke sini untuk merasai suasana musim salji di negara barat dengan kadar suhu kurang daripada 5 darjah celcius.  Selain itu, anda semua boleh bermandi manda di taman tema yang dikenali sebagai Water World. Ia merupakan tempat paling seronok untuk anda semua bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk meli

Desaru, Johor

Imej
                                                                                      Siapa pernah dengar atau pergi ke desaru?Bagi yang tak pernah dengar atau pergi mungkin bila baca blog sal ni mungkin korang boleh rancang untuk bercuti dekat sana . Desaru adalah sebuah bandar di Pengerang, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia.  Ia terkenal dengan pantai yang cantik di samping Laut China Selatan. Sama seperti semua pantai timur malaysia , pantai desaru sangat bermusim dengan angin berhujan . Cuaca hujan akan melanda pantai antara november dan february . Musim yang baik ialah pada april hingga oktober , dengan bulan jun hingga ogos menjadi bulan paling sibuk, ketika air mengundang dan ketika pasir halus . Bulan tersebut adalah waktu yang sesuai untuk bercuti atau mengadakan aktiviti pantai bersama keluarga atau kawan . Untuk ke desaru juga kita boleh menaiki bas , kereta , motor atau bot yang telah disediakan . Okey dekat sini sal nak cerita tempat makan dekat desaru pulak . Terdapa